Ikrar Serumpun

Melayu tak mampu lagi berpecah
jika berpecah mengundang padah
bangsa berpecah agama punah
bangsa sendiri menjadi susah
segeralah usahakan penyelesaian
musyawarah, berdamai itulah pilihan
sefahamanlah kita silaturrahim berjalinan
kesatuan kita satu tujuan
tanpa wawasan bangsa ‘kan tewas
pegangan diri jangan dilepas
pemaju diri bergerak pantas
itu petanda kita bebas
1 raja, 1 kerajaan, 1 wawasan, 1 kepercayaan
1Malaysia
kami pertahankan warisan berzaman
Nurhayati Alia Mohd Sallehhuddin
01112009 @ BTN KL

Comments

This comment has been removed by a blog administrator.

Popular posts from this blog

A novel review: L.U.V.E.

Hari ini...