Posts

Showing posts from November, 2006

Synopsis scripts for Salam Pantai Timur (SPT) Programme

(1): TUGASANKU 2 BARIS Kerenah tiga orang mahasiswa, ANITA, BELL, dan CHAIREL, yang diberi tugasan yang berbeza-beza untuk disiapkan dalam tempoh dua minggu. Seminggu sebelum menghantar tugasan sebenar, mereka berbincang dalam kelas bersama-sama PENSYARAH. BELL berjaya menyiapkan satu tugasan lengkap tetapi dia tidak berkeyakinan dengan tugasan yang dibuatnya. CHAIREL pula tidak faham akan tugasannya kerana dia hanya mengambil fakta bulat-bulat dari buku (kes plagiat), malah mengupah kekasihnya menyiapkan tugasan untuknya. ANITA dimarahi kerana menulis hanya dua baris ayat akan pemahamannya terhadap tugasannya walaupun dia telah membuat rujukan yang banyak. Maka PENSYARAH pun memberikan nasihat-nasihat berguna kepada mereka bertiga sebagai panduan mereka di masa hadapan. (2): PTPTN oh PTPTN Musim para pelajar mendapat wang Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Ramai pelajar mengeluarkan wang untuk membayar yuran pengajian mereka. Malah ada yang menampung keluarga di kamp