Folk Poetry/Pantun Rakyat

This is perhaps one of the famous Malay folk poetry or pantun in Bahasa Melayu. The purpose was to teach the children ages from 5-14 years old to love their heritage (hey, 14's considered as a teenager!!!). Anyway... the class has been postponed due to further notice.
Posted by Picasa

"Salam Pantai Timur" Script (1)

PTPTN oh PTPTN
karya Nurhayati Alia Mohd Sallehhuddin

Sinopsis
Musim para pelajar mendapat wang Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Ramai pelajar mengeluarkan wang untuk membayar yuran pengajian mereka. Malah ada yang menampung keluarga di kampung halaman. Baki selebihnya digunakan untuk sara diri masing-masing sehinggalah semester berikutnya. Namun, FARHAN (atau nama glamornya FAR) menyalah gunakan lebihan wang pinjaman dengan berfoya-foya dengan awek. DANISH pula membeli telefon bimbit model terbaru dan bershopping sakan. Kini mereka mengalami masalah menyara diri kerana kehabisan wang. FAR menerima pukulan kerana aweknya tidak mahu membantu. DANISH merata orang dia minta hutang dan mereka-reka alasan supaya ‘dikasihani’.

Setting: Kafeteria (kafe) di kampus

Props: Telefon bimbit

Watak-watak:
MAKCIK KAFE - Berniaga di kafe kampus.

DANISH - Pelajar lelaki yang suka bergaya, menunjuk-nunjuk ‘kekayaan’nya. Salah guna baki pinjaman PTPTN untuk shopping.

FARHAN aka FAR - Pelajar perempuan ala-ala tomboy. Salah guna baki PTPTN dengan membeli Playstation 2 (PS 2), berfoya-foya dengan teman-temannya dan juga mengirim sebahagian wang kepada ibunya sebagai modal berniaga kuih.

AWEK - ‘Teman wanita’ FAR yang entah keberapa belas. Hanya suka orang berduit (walaupun duit PTPTN). Sifat buruknya angkuh/memuji diri di kala orang kesusahan.

MALIA - Salah seorang kawan kepada FAR dan DANISH. Suka menasihati orang.


LUAR. KAFETERIA (KAFE). PAGI
DANISH, berpakaian segak, sedang menunggu FAR di kafe untuk menemannya bersarapan pagi sebelum mereka keluar ke bandar (‘outing’). DANISH sedang bergaya dengan telefon bimbit model terbaru yang dibelinya dengan menggunakan baki lebihan wang pinjaman PTPTN. Disebabkan terlalu lama menunggu, DANISH menelefon FAR. DANISH menggelisah sementara menunggu panggilannya dijawab. (REAKSI DANISH menunggu talian disambungkan)


DANISH (talian disambungkan. DANISH bercakap dengan nada yang agak kuat)
Helo… mana kau ni? Dah setengah jam aku tunggu. Ok,bye.


Sebaik sahaja DANISH selesai bercakap, semua orang yang berada di kafe memandangnya semacam.


DANISH
Kenapa korang ni? Tak pernah tengok orang guna telefon?


(REAKSI DANISH menunggu FAR yang belum kunjung tiba) Kelibat FAR masih juga belum kelihatan. DANISH semakin gelisah. Untuk mengisi kebosanannya dia bermain ‘game’ yang berada di dalam telefonnya, memuat turun pelbagai lagu, ‘wallpaper’ dan sebagainya ke dalam telefonnya (AKSI DANISH bermain ‘game’, muat turun lagu, ‘game’ dan lain-lain). Tidak lama kemudian dia kembali gelisah kerana FAR masih belum kelihatan. Tiba-tiba dia tertarik melihat seorang PELAJAR PEREMPUAN pujaan ramai melintas di hadapannya. Lantas dia mengambil foto pelajar itu dengan menggunakan kamera telefon bimbitnya (AKSI DANISH mengambil gambar pelajar tersebut). DANISH berpuas hati dengan foto yang diambilnya. Dia berlagak mengedit gambar itu dan mereka mesej multimedia (MMS) untuk dihantar kepada kawan-kawannya, dengan harapan mereka akan cemburu dengannya kerana berjaya mengambil foto curi gadis tersebut (AKSI DANISH menghantar MMS kepada kawan-kawannya). Dia juga buat ‘miss call’ kepada rakan-rakannya, termasuklah FAR.

FAR muncul dengan tercungap-cungap.

DANISH
Banyak cantik kau punya lambat, apa alasan kau kali ni?

FAR
Sori, semalam tidur lambat… Main PS2 dengan awek sebilik aku. Lepas tu, awek aku merajuk sebab aku tak ajak dia main sekali. Jenuh aku memujuknya.

DANISH
Dah, dah… masalah ‘rumah tangga’ kau, aku tak nak dengar. Kita ni dah lambat, janji nak keluar sama pagi ni. Aku ada temujanji dengan pendandan rambut aku.

FAR
Aiseh…! Lupa pula. Kau nak rekomen aku kat pendandan rambut kau kan?

DANISH
Tahu takpe.


FAR ternampak mesej yang direka DANISH. Dia perli-perli DANISH. DANISH buat tak endah.


DANISH
Eh, jomlah sarapan. Aku lapar gile ni.

FAR
Ingatkan dah sarapan. Bukan kau selalu sarapan sorang-sorang ke?

DANISH
Suka hatilah aku sarapan berdua ke, solo ke, ramai-ramai ke… Sebabkan kau lambat hari ni, kau kena belanja aku makan.

FAR
Aku belanja kau makan? Bankraplah aku… kau sorang makan je dekat 10 pinggan nasi, tak masuk lauk lagi tu, minum lagi…

DANISH
Aku tak kira, kau kena belanja juga.


Mereka mengambil pelbagai jenis kuih, makanan dan sebagainya. Tingkah laku mereka diperhatikan MAKCIK KAFE. Makcik hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. (AKSI lawak DANISH-FAR ambil makanan.)

FAR
Kira makcik. Semua sekali, termasuk yang saya punya.


Makcik mengira harga makanan mereka. Kemudian, dia menunjukkan resit kepada FAR. FAR buat muka berlagak kerana yakin dia ada banyak duit.


FAR
Kerja senang je ni.

DANISH
Kerja senang, bayar la. Tunggu apalagi?


FAR mengeluarkan dompetnya. Dia membuka dompet dengan ‘confident’nya. Alangkah terkejutnya dia bahawa dompetnya kosong! Pucat mukanya, dia berpaling kepada DANISH. Dia berbahasa isyarat (lawak) dengan DANISH.

DANISH
Kau ni betul-betul menyusahkan orang. Takpelah, aku bayar.


DANISH mengeluarkan dompetnya. Dia juga terkejut beruk kerana dia tiada duit untuk membayar sarapan mereka. Mereka berdua saling berpandangan dan silih ganti memandang muka makcik dan makanan. Perut mereka semakin lapar. (FREE DIALOG dengan Makcik: Mereka minta izin makcik menyimpan makanan mereka dahulu.)


DANISH
Macam mana boleh takde duit ni? Toyol mana pula curi duit aku ni?

FAR
Entah-entah kau salah letak…

DANISH
Sibuklah kau! Kau bukannya dok satu bilik dengan aku. Kaupun sama gak, takde duit. Kau buat apa?

FAR
Aku…(seperti teringat sesuatu) Pagi semalam aku kirim duit kat mak aku kat kampung, buat modal niaga kuih. Petang tu pula, aku gi dating dengan awek aku… tengok wayang, makan,(merapu seorang diri, kemudian perasan dia tidak dilayan)… Eh, sibuk tanya orang. Kau tu?

DANISH
Aku… apalagi… Kebetulan masa PTPTN keluar semua kompleks tengah jualan besar-besaran. Akupun… boronglah – jeans, t-shirt, kemeja, minyak wangi… rambang mata aku!

FAR
Borong mengalahkan perempuan!

DANISH
Setahun dua kali je…(mengeluarkan telefon canggihnya) Telefon ni pun aku beli… pakai bil lagi! Tak mainlah prabayar!

FAR
Sudahlah! Bertekak dengan kau tak selesai masalah kita ni. Apa kita nak buat sekarang? Perut lapar, duit takde…

(AKSI FAR-DANISH) Masing-masing berfikir cara untuk menyelesaikan masalah mereka. FAR mendapat akal lalu menelefon seseorang. DANISH pula termangu-mangu kerana telefonnya telah disekat kerana melebihi had penggunaan yang dibenarkan tetapi tidak mahu kalah (berlagak) dengan FAR.

Muncul AWEK.


AWEK (kepada FAR)
Hai awak! Hai… leganya hati kita wak… tak sangka boleh jumpa wak kat sini. Wak belanja kita ke?

FAR tergamam, namun disiku DANISH. FAR mengisyaratkan (lawak) pada DANISH. DANISH berisyarat (lawak) semula pada FAR.


FAR (kekok, kaku)
Awak… sebenarnya begini…(berbisik kepada AWEK. AWEK memberi reaksi terkejut.)

AWEK
Menyesal kita terserempak wak kat sini. Dahlah jumpa kita jarang-jarang, ingatkan hari ni bolehlah makan belanja dia. Rupa-rupanya...

FAR (cuba memujuk)
Awak…. Sekali-sekala je awak… Bolehlah ek? Bukannya selalu awak belanja saya.

AWEK
Taknaklah! Lagipun satu kolej dah kecoh pasal wak dengan awek lain. Kita ni jugalah mati-mati nafikan wak tak macam tu. Tapi sekarang ni, boleh jalanlah!

FAR
Awak… bukan saya…

AWEK
Dahlah! Kita tak percaya wak lagi. Kita cari orang lain.(AKSI AWEK-FAR berbalah & FAR cuba memujuk AWEK.) Tomboy macam wak mana ada kelasss! Hari tu saja je nak kawan wak, tup-tup kita jadi awek dia yang entah keberapa puluh belas entah. (puji diri sendiri) Kita ni lakulah. Ramai lelaki sudi jadi pakwe kita tau! Babai…!


AWEK terus berlalu meninggalkan FAR yang terkulat-kulat (lapar!). Kehampaanlah DANISH dan FAR seketika.

FAR(bengang dengan DANISH dan juga AWEK)
Pergi guna telefon awam! Berlagak! Pakai segak, telefon canggih! Canggih pun tak boleh nak guna masa susah!


DANISH baru hendak melangkah mencari telefon awam, muncul pula MALIA. Mereka saling bertukar salam.

MALIA
Nak ke mana korang ni? Menunggu ke? Dating ke?

DANISH
Taklah. Ingat nak gi bandar tadi. Malia, nak minta tolong sikit boleh tak?

MALIA
Amendenya?

DANISH membisikkan hajatnya kepada MALIA. MALIA memandang mereka. Dia menggeleng.

MALIA
Bertuah betul korang ni! Kita sekarang senang, nak sambung belajar ada pinjaman PTPTN, JPA…. Zaman orang tua kita dulu, takde kemudahan macam ni.

DANISH
Tapi tak semua orang dapat pinjaman, kan…?

MALIA
Betul… Sebab itulah kita kena beringat sama, jangan ingat nak joli saja! Kalau pelajar lain tau, diorang mesti merungut kenapa mereka tak layak dapat bantuan, sedangkan diorang memang perlukan bantuan tu. Boleh dikatakan tiap-tiap tahun ada saja komplen ke PTPTN kenapa rayuan pelajar minta bantuan pinjaman tak dapat-dapat. Kita mesti bersyukur dapat bantuan ni!

FAR
Syukur tu syukur juga. Perut kami ni lapar, kebulur tak makan pagi macam mana pula?


MALIA enggan membantu mereka berdua dengan masalah mereka.

Puas DANISH memujuk rayu MALIA supaya menolong mereka tetapi MALIA sengaja buat tak mahu membantu. Akhirnya MALIA memberi syarat.


DANISH
Bolehlah cik Malia, sebarang syaratpun kami terima sekarang ni asalkan kami tak kebulur. Apa syaratnya?

MALIA
Syaratnya… Kamu berdua harus temankan saya berbuka nanti. Sanggupkah kamu berlapar sehingga waktu tu?

DANISH dan FAR terkejut. (FREE DIALOG MALIA-DANISH-FAR) Mereka sudah tidak sanggup berlapar lagi. MALIA pergi meninggalkan mereka, namun sempat berpesan sekiranya mereka berubah fikiran, MALIA bersedia menunggu mereka sewaktu berbuka nanti. DANISH dan FAR nekad merayu Makcik.


DANISH
Makcik, kasihanilah kami. Kami lapar.

FAR
Kami miskin. Kami tak ada duit.

MAKCIK KAFE
Tengok pada gaya bukannya miskin. Tengok pada telefon bukannya tak ada duit.

DANISH
Betul Makcik. Kami tak ada duit.

FAR
Makcik, bolehlah kami berhutang makan?

MAKCIK KAFE
Tak boleh, tak boleh. Yang awak-awak berdua pesan makan dah tiga puluh ringgit.

FAR
Kalau begitu Makcik simpan sajalah. Kami pergi dulu.

DANISH (Kepada FAR)
Janganlah blah. Akau lapar ni, aku gastrik. Mati aku.(Kepada Makcik) Berilah kami makan. Tolonglah.(Makcik diam.)

FAR
Maaflah tadi kami menyombong. Memang saya amat lapar juga. Tolonglah kami Makcik.

MAKCIK KAFE
Makcik sudah serik dengan pelajar macam kamu ni. Dah berapa ramai pelajar berjanji nak bayar hutang makan, tak langsai-langsai juga.

DANISH
Kami insaf, Makcik. Kami janji. Kami tak sama macam diorang yang lain tu.

MAKCIK KAFE
Makcik boleh beri kamu makan percuma(DANISH dan FAR gembira tidak terhingga) dengan syarat.(Terdiam DANISH dan FAR.) Syaratnya kamu kena basuh pinggan mangkuk… (Makcik belum habis ayat, DANISH dan FAR sudah terkam ambil makanan pesanan mereka dan makan dengan lahap. FREE DIALOG: Basuh mangkuk pinggan apa sangat. Pelajar lain pun belum ramai lagi. Kita boleh menyamar buat kerja kebajikan.)

MAKCIK KAFE
Jumlah kamu makan itu sama dengan gaji 6 jam kerja di gerai Makcik.
Sekarang pukul sepuluh pagi, kamu kena kerana sampai 3 petang.

FAR
Apa Makcik?

MAKCIK KAFE
Kamu kena kerja 6 jam untuk bayar hutang kamu makan.

DANISH
Malulah kami Makcik. Nanti pelajar-pelajar tengok kami, malulah.

MAKCIK KAFE
Mana lebih rela, malu atau lapar?(Mereka terdiam) Janji tetap janji; hutang-hutang tak main!

DANISH dan FAR terkulat-kulat makan.

SEKIAN.

Poem of the Day/Week/Month...etc.

Forward Towards Glory

50 years ago
Our ancestors went through many, many, many miseries
Survived the years of the Portuguese till the Japanese occupation
Back to the British resettlement
Even the dreadful communists' threats
But history we can never let go
We nurture our courage from history
We mustn't repeat others' foolishness
Together, we must unite as a nation
A nation with dignity.
United we stand, divided we fall.

Today
Greatest gratitude to our respected leaders
So the same to our ancestors
Moving forward towards glory
Walking tall with the rest of the world
As colourful as the rainbow
Brightly lit in their intelligent glow
We are a nation and this is our beloved country!
Let us cherish our loving peace and harmony.
Remember our Independence Day!

Blogger Templates by Blog Forum