Posts

Showing posts from March, 2008

CyberNovel pertamaku (masih tiada tajuk)

satu Entah berapa lama dia direnungipun dia tidak kisah. Seperti dia sudah biasa direnung sedemikian rupa. Lantas dia membayar harga majalah yang dibelinya dan berlalu dari situ. Masih dirasakan dia direnungi sekalian masyarakat di sekelilingnya. Dia mengatur langkah pantas meninggalkan tempat itu, menuju ke arah sebuah bas ekspres yang menunggu para penumpangnya memenuhi ruang-ruang tempat duduk sebelum bergerak menuju ke destinasinya. Ketika dia menaiki bas itupun masih dirasakan ada sahaja pasangan mata memandangnya. Pun, dia acuh tak acuh saja. Sambil membelek-belek tiket bas, matanya melilau mencari nombor tempat duduknya. Mujur belum ramai orang yang menaiki, memenuhi bas tersebut. Pantas dia menyimpan bagasinya di ruang simpanan atas dan duduk di kerusinya. Menghela nafas lega. Penat, barangkali. Majalah yang dibelinya tadi dikeluarkan dari beg sandangnya. Membelek-belek muka utama dengan separuh minat. Sekali-sekala melepas pandang ke luar jendela bas. Masih ramai orang yang me