Balada Pa' Belalang
Ini kisah Nujum Pa’ Belalang dengan anaknya,
pada suatu hari:
“Apa itu 1Malaysia, pak?”
“Entahlah Belalang…
coba kauambil semangkuk air,
bapak coba tilikkan.”
“Ini airnya pak.”
“Oh, begini rupanya 1Malaysia…”
Malaysian Malaysia?
Kami mahu hak-hak istimewa
sepertimana orang Melayu dan Bumiputera
Kami mahu bahasa kami
juga diguna sebagai bahasa pengantar
“Apa ini pak? Macam mahu perang saja.”
“Ini namanya keliru Belalang.
Ramai orang tak faham apa itu 1Malaysia.”
“Tilik lagi pak.”
Pelihara Raja Berperlembagaan
Perkukuh Rukun Negara
Perkasa perlembagaan negara
Pupuklah persefahaman dan penerimaan sesame kita
Tuntutlah ilmu di mana-mana,
genggam jaya dan cita-cita
Belalang senyum.
“Belalang tak mahu jadi ahli nujum,
Belalang mahu belajar bagus-bagus,
mahu jadi angkasawan!”
Nurhayati Alia Mohd Sallehhuddin
0132216328
31102009 @ BTN KL
Comments