CyberNovel pertamaku (masih tiada tajuk)

satu

Entah berapa lama dia direnungipun dia tidak kisah. Seperti dia sudah biasa direnung sedemikian rupa. Lantas dia membayar harga majalah yang dibelinya dan berlalu dari situ. Masih dirasakan dia direnungi sekalian masyarakat di sekelilingnya. Dia mengatur langkah pantas meninggalkan tempat itu, menuju ke arah sebuah bas ekspres yang menunggu para penumpangnya memenuhi ruang-ruang tempat duduk sebelum bergerak menuju ke destinasinya.

Ketika dia menaiki bas itupun masih dirasakan ada sahaja pasangan mata memandangnya. Pun, dia acuh tak acuh saja. Sambil membelek-belek tiket bas, matanya melilau mencari nombor tempat duduknya. Mujur belum ramai orang yang menaiki, memenuhi bas tersebut. Pantas dia menyimpan bagasinya di ruang simpanan atas dan duduk di kerusinya. Menghela nafas lega. Penat, barangkali. Majalah yang dibelinya tadi dikeluarkan dari beg sandangnya. Membelek-belek muka utama dengan separuh minat. Sekali-sekala melepas pandang ke luar jendela bas. Masih ramai orang yang menunggu bas yang belum kunjung tiba. Dia menarik tirai bas, menutupi pandangannya dari khalayak yang semakin ramai di perhentian bas itu.

Perlahan-lahan, bas yang dinaikinya dipenuhi orang. Masing-masing dengan kerenah tersendiri. Dia masih membelek majalah yang terletak di atas pahanya tanpa minat, sekali-sekala mengerling ke atas jam tangannya. Dia mendengus.

“Maaf cik. Minta tiket,” suara itu memecahkan kebeningan bas itu. Dia memandang ke arah pembantu pemandu bas tersebut. Dia tersedar bahawa sekian lamanya dia hanyut dalam fikiran sendiri. Dia membuka zip beg sandang, mencapai tiket bas dan disuakan kepada pembantu pemandu tadi. Semakan dibuat dan tiket dipulangkan semula kepada tuan empunyanya. Dia memerhati sekitar bas yang sudah dipenuhi orang. Tidak lama kemudian, bas itu perlahan-lahan beredar meninggalkan perhentian itu. Dia terus hanyut ke dalam fikirannya, melayang entah ke mana…

*** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** ***

“Ah, dah sampai pun. Kenapa tak telefon awal-awal? Boleh Pak Su ambil cuti sekerat hari.”
“Tak perlu susahkan Pak Su. Saja nak kejutkan Pak Su.”

Pak Su membantunya mengangkat bagasinya ke dalam bonet kereta. Mereka kemudiannya beredar dari stesen bas. Sepanjang perjalanan dia merenung ke luar tingkap kereta. Suara DJ radio mengisi ruang kereta, di samping bunyi enjin kereta yang banyak menelan suara DJ tersebut.

“Pelik jugak kamu ni. Orang berpusu-pusu berkejar ke bandar nak kerja. Kamu pulak…” Suara Pak Su memecah buntu. Dia berpaling ke arah Pak Su, mengukir senyum tawar.
“Kampung tenang, tak perlu runsing banyak perkara,” ujarnya sambil berpaling semula ke arah tingkap kereta. Dirasakannya kereta berhenti, pun masih dia memerhati suasana luar kereta.

“Dah sampai. Tak nak turun ke?” Suara Pak Su sekali lagi memecah buntu. Dia perlahan-lahan membuka tali keledar dan pintu kereta. Pak Su dilihatnya sibuk memunggah bagasinya ke hadapan pintu masuk rumah.

Comments

pingutoha said…
Hey, dudette!

What's the sambungan of your novel? I'm waiting for it! Agak saspen gak buka cerita camtu...

Anyways, my first novel is due to be published by the end of this year...maybe around Oct/Nov.

Keep on working on yours!

P/S: Nice works (on the poems)! And whatever happened to the novel that you rewrote?
alia said…
hehehe...I'm collecting "resources" (ilham le tu) to write. it's been ages i've been trying to do what i love doing in the past.

about my previous novel, it's still in soft copy form (managed to save it). Insya Allah I'll start blogging it into this tiny space of mine.

tq, tq & tq again 4 ur comments & support! :)
Pingu Toha said…
hey, can u send me a copy? I want to read it!
Pingu Toha said…
Have we met before actually? How did we know each other? I think ur life is exciting!

Email pun OK gak...but meeting up sounds fun!

If u like, I can send u my L.U.V.E (well, just the draft la...) Maybe we can discuss about our work. (",)
Pingu Toha said…
For August, my off days are on Tuesdays & Saturdays.

I don't have mine in hard copy, only in soft copy.

If you can drop by to my workplace at Borders Times Square OK gak. I can offer you my staff discount on books & CDs!

In the mean time, I'm sending you L.U.V.E through your email. ENJOY!
Pingu Toha said…
Eh, what's your email address?
Pingu Toha said…
I've sent u a copy of L.U.V.E to ur yahoo. ENJOY!

Popular posts from this blog

Folk Poetry/Pantun Rakyat

Balada Pa' Belalang

from http://www.symantec.com/about/news/release/article.jsp?prid=20090819_01