Synopsis scripts for Salam Pantai Timur (SPT) Programme

(1): TUGASANKU 2 BARIS
Kerenah tiga orang mahasiswa, ANITA, BELL, dan CHAIREL, yang diberi tugasan yang berbeza-beza untuk disiapkan dalam tempoh dua minggu. Seminggu sebelum menghantar tugasan sebenar, mereka berbincang dalam kelas bersama-sama PENSYARAH. BELL berjaya menyiapkan satu tugasan lengkap tetapi dia tidak berkeyakinan dengan tugasan yang dibuatnya. CHAIREL pula tidak faham akan tugasannya kerana dia hanya mengambil fakta bulat-bulat dari buku (kes plagiat), malah mengupah kekasihnya menyiapkan tugasan untuknya. ANITA dimarahi kerana menulis hanya dua baris ayat akan pemahamannya terhadap tugasannya walaupun dia telah membuat rujukan yang banyak. Maka PENSYARAH pun memberikan nasihat-nasihat berguna kepada mereka bertiga sebagai panduan mereka di masa hadapan.


(2): PTPTN oh PTPTN
Musim para pelajar mendapat wang Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Ramai pelajar mengeluarkan wang untuk membayar yuran pengajian mereka. Malah ada yang menampung keluarga di kampung halaman. Baki selebihnya digunakan untuk sara diri masing-masing sehinggalah semester berikutnya. Namun, FARHAN (atau nama glamornya FAR) menyalah gunakan lebihan wang pinjaman dengan berfoya-foya dengan awek. DANISH pula membeli telefon bimbit model terbaru dan bershopping sakan. Kini mereka mengalami masalah menyara diri kerana kehabisan wang. FAR menerima pukulan kerana aweknya tidak mahu membantu. DANISH merata orang dia minta hutang dan mereka-reka alasan supaya ‘dikasihani’.


(3): RED SPOT
Apabila tiba musim peperiksaan, bahan-bahan rujukan laku bak pisang goreng panas. Bahan-bahan rujukan digunakan sebanyak dan semaksimum mungkin untuk tujuan menelaah dan sebagainya. Menjadi lumrah selepas peperiksaan juga, ramai pelajar yang terlupa memulangkan semula buku pinjaman ke perpustakaan menyebabkan ada yang ‘buat harta persendirian’ ataupun terpaksa membayar denda lewat hantar buku. Inilah masalah yang dihadapi oleh SYIKIN apabila buku rujukan telah digunakan oleh MIZI. MIZI meminjam buku rujukan dengan menggunakan nama kawan-kawan. SYIKIN terpaksa merayu MIZI untuk menggunakan buku-buku berkenaan. MIZI beri syarat, SYIKIN mesti tolong dia buat tugasan. Sikap buruk MIZI sampai ke pengetahuan PENSYARAH dan KETUA PERPUSTAKAAN. Akibatnya MIZI didenda.


(4): 3 B (BERILMU, BERIMAN, BERAMAL)
Sepasang kekasih, EPOL dan INTAN cuba mengambil kesempatan atas ketiadaan PENSYARAH. Mereka menggeledah bilik pensyarah untuk mencari tugasan-tugasan dan tulisan-tulisan ilmiah pelajar senior untuk memudahkan mereka membuat tugasan. Kebetulan terdapat TUKANG SAPU LELAKI di sebalik meja pensyarah yang sedang mengemas bilik. EPOL dan INTAN mencari helah supaya TUKANG SAPU keluar dari bilik tersebut. Mereka melahirkan rasa kasihan kepada TUKANG SAPU dengan alasan pihak universiti tidak sewajarnya ‘mendera’ golongan rendah. Segala helah mereka dipatahkan oleh TUKANG SAPU. Mereka sungguh terkejut apabila PENSYARAH masuk. PENSYARAH memberi hormat yang luar biasa kepada TUKANG SAPU sebab dia ini ialah suaminya dan guru kerohaniannya.

Karya
NURHAYATI ALIA
Nurhayati Alia bt. Mohd Sallehhuddin
11B, Jln 1/23B, Pandan Indah,
55100 Kuala Lumpur
013 2216328
012 3721453
nurhayatialia81@yahoo.com

Comments

Popular posts from this blog

Balada Pa' Belalang

from http://www.symantec.com/about/news/release/article.jsp?prid=20090819_01

Folk Poetry/Pantun Rakyat