"Salam Pantai Timur" Script (1)
PTPTN oh PTPTN karya Nurhayati Alia Mohd Sallehhuddin Sinopsis Musim para pelajar mendapat wang Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Ramai pelajar mengeluarkan wang untuk membayar yuran pengajian mereka. Malah ada yang menampung keluarga di kampung halaman. Baki selebihnya digunakan untuk sara diri masing-masing sehinggalah semester berikutnya. Namun, FARHAN (atau nama glamornya FAR) menyalah gunakan lebihan wang pinjaman dengan berfoya-foya dengan awek. DANISH pula membeli telefon bimbit model terbaru dan bershopping sakan. Kini mereka mengalami masalah menyara diri kerana kehabisan wang. FAR menerima pukulan kerana aweknya tidak mahu membantu. DANISH merata orang dia minta hutang dan mereka-reka alasan supaya ‘dikasihani’. Setting : Kafeteria (kafe) di kampus Props : Telefon bimbit Watak-watak : MAKCIK KAFE - Berniaga di kafe kampus. DANISH - Pelajar lelaki yang suka bergaya, menunjuk-nunjuk ‘kekayaan’nya. Salah guna baki pinjaman PTPTN untuk shopping. FARHAN aka FAR -...