Posts

Showing posts from November, 2009

Ikrar Serumpun

Melayu tak mampu lagi berpecah jika berpecah mengundang padah bangsa berpecah agama punah bangsa sendiri menjadi susah segeralah usahakan penyelesaian musyawarah, berdamai itulah pilihan sefahamanlah kita silaturrahim berjalinan kesatuan kita satu tujuan tanpa wawasan bangsa ‘kan tewas pegangan diri jangan dilepas pemaju diri bergerak pantas itu petanda kita bebas 1 raja, 1 kerajaan, 1 wawasan, 1 kepercayaan 1Malaysia kami pertahankan warisan berzaman Nurhayati Alia Mohd Sallehhuddin nurhayatialia81@gmail.com 01112009 @ BTN KL

Balada Pa' Belalang

Ini kisah Nujum Pa’ Belalang dengan anaknya, pada suatu hari: “Apa itu 1Malaysia, pak?” “Entahlah Belalang… coba kauambil semangkuk air, bapak coba tilikkan.” “Ini airnya pak.” “Oh, begini rupanya 1Malaysia…” Malaysian Malaysia? Kami mahu hak-hak istimewa sepertimana orang Melayu dan Bumiputera Kami mahu bahasa kami juga diguna sebagai bahasa pengantar “Apa ini pak? Macam mahu perang saja.” “Ini namanya keliru Belalang. Ramai orang tak faham apa itu 1Malaysia.” “Tilik lagi pak.” Pelihara Raja Berperlembagaan Perkukuh Rukun Negara Perkasa perlembagaan negara Pupuklah persefahaman dan penerimaan sesame kita Tuntutlah ilmu di mana-mana, genggam jaya dan cita-cita Belalang senyum. “Belalang tak mahu jadi ahli nujum, Belalang mahu belajar bagus-bagus, mahu jadi angkasawan!” Nurhayati Alia Mohd Sallehhuddin 0132216328 nurhayatialia81@yahoo.com 31102009 @ BTN KL