Skrip teater pertamaku

HAYYAN

Sinopsis

Manusia yang sememangnya alpa, leka. Kadangkala kealpaan itu menjadi perhatian orang lain. Justeru mengundang pelbagai tafsiran, andaian. Dalam kehidupan serba singkat ini manusia mencari hakikat kehidupan mereka: tujuan apakah mereka diciptakan, hala tuju mereka dan apa yang mereka inginkan dalam hidup. HAYYAN, manusia yang diciptakan pada asalnya hanya seorang pemerhati kehidupan manusia lain, mula mengarang buah fikirannya ke dalam blognya yang kemudian menjadi ikutan (juga cemuhan) orang ramai. But he does not stop there. Dia terus berkarya hinggalah nyawa adiknya menjadi pertaruhan bahan kritikan sinisnya.


 

Watak, Perwatakan

Hayyan:    Sang pecinta yang sinis, hobinya suka memerhati dan membuat andaian tersendiri tentang kehidupan, juga gelagat manusia di sekelilingnya. Meluahkan pendapatnya menerusi blog hinggakan blognya menjadi ikutan ramai. Ramai juga yang tidak suka dengan 'kritikan'/penulisan tajamnya tapi dia tak peduli semua itu. Akhirnya dia tone down apabila adiknya, seorang minah rempit mati di tempat kejadian ketika cuba menyelamatkan dirinya dari ditangkap polis.

Voice Over:     Alter-ego/suara hati Hayyan.

SPOT ON HAYYAN.

HAYYAN menonton berita yang membosankan. Acap juga dia menukar siaran. Akhirnya dia menutup tv dan kembali ke laptopnya. Dia meng'Google' sesuatu. Tidak menarik. Dia buka YouTube. Terjumpa videoclip yang menarik. Dia menonton dengan minat. Ketawa. Ilham blognya tiba. Dia buka laman blognya. Dari ekor matanya, perasan adiknya mula melangkah keluar rumah tapi tidak ditanya arah tujuannya. Dia seronok melayan ilham yang datang. Kedengaran lagu "Black Magic Woman" berkumandang dari iTunes laptopnya. Dia bertambah seronok dan ghairah melayan ilhamnya. Bertambah seronok apabila membaca komen-komen pembaca yang singgah di laman blognya.


 

VOICE OVER (V.O.):    My pandora's box's already broken, unleashing its utmost terror… [Ketawa] Ini umpama kisah kita, humor tidak lagi menghiburkan, juga tidak lagi menawarkan luka.


 

PENTAS GELAP.


 

Senario: Dataran Merdeka, tengah malam. Kedengaran bising (bunyi mat rempit merempit) dan sorakan teman-teman.


 

V.O.:    Kehidupan ini seketika, sementara. Pinjaman semata. Live life to the fullest!
[Kedengaran mat-mat dan minah-minah rempit bertempiaran dikejar polis.] Kita manusia lalai dan cuai. Adakalanya kita taksub. Kita juga mudah lali dengan segala kesilapan yang bertimbun hingga menjadi dosa yang tidak terhitung.


 

Muncul HAYYAN.

HAYYAN:

Sempena hari ini inginku ucapkan kepada kalian yang berkasih-kasihan
"Selamat Hari Kekasih"
kerna merealisasikan cinta kasih sayang kalian terhadap insan tersayang
kerna menghargai insan tercinta
tidak kurang juga yang cintanya terbalas hari ini

Kepada losers di luar sana yang dikeciwakan insan istimewa
(Hei, aku juga seorang loser ya dan aku tidak segan mengatakannya!)
usah kalian terlampau frust dengan keputusan mereka
senyumlah, ceriakanlah diri anda hari ini
kerna mungkin bakal pengganti akan tiba sebentar lagi (mungkin)
jika tidak, anda juga mungkin tidak akan peroleh pasangan baru kerna dia terlalu takut akan penampilanmu yang KUSUT~~

SERABUT~~

TAK BERSEMANGAT~~ dan sebagainya...
tapi...
sebenarnya...

kita juga bakal menyaksikan manusia-manusia ini terkulai
kerna merealisasikan cinta mereka
yang tinggal hanya >TUT~~!<

jadi apakah aku ini nggak punya hati dan perasaan seperti mereka: rasa ingin dimiliki,

disayangi,

dihargai?
(AWAS! Kucuma bilang demikian, aku tak mau terterpele'ot seperti mereka. aku masih waras pertimbangan ok!)
apakah harus cinta direalisasikan sedemikian sekali?
apakah WAJIB cinta direalisasikan sedemikian sekali?
(ya jika pasangan itu sudah bernikah, ya kan?)
bukankah ada banyak lagi cara merealisasikannya, selain yang ITU?
[ko tulis pandai, ko bagi la solution! ...boring la! itu hari2 dah buat, jemu 'doh!]
Maaf, aku serahkan pada kalian penyelesaian yang lebih bermakna kepada kalian...

apapun, segala perlakuan kalian adalah tanggung jawab kalian
aku cuma pemerhati
kita semua manusia yang acapkali melakukan kesilapan, kesalahan, dosa...
tapi asasnya: tepuk dada, tanyalah diri - Sampai kapan mestiku begini
juga sebagai peringatan kepadaku - ...Sampai aku dikapankan???

ugh~ merapik lagi!

Heh...

bukan hari ini saja kita menghargai yang tersayang, tetapi hari-hari lain juga
dan yang tersayang bukan setakat KEKASIH
malah
ibu
bapa
keluarga
sahabat
guru
negara
Tuhan...
mengingatkanku... bilakah terakhir kita menghadiahkan Al-Fatihah kepada yang telah tiada?

Selamat Hari Kekasih semua
dan
Al-Fatihah kepada yang telah tiada...
Amiin.


 

[Slide show imej tokoh-tokoh seni/teater tanah air yang telah pergi kemudian warga Gaza yang menderita.]

[Bunyi dentuman.]

[Imej/video projection: Minah rempit/bohsia mati di tempat kejadian.]

HAYYAN terkejut melihat adiknya di situ. Dia mendapatkan jasad adiknya dan cuba meminta pertolongan orang yang ada di situ tetapi tiada pertolongan tiba padanya. Adiknya mati di situ juga.

PENTAS GELAP.

HAYYAN masuk ke pentas semula, wajah sedih, insaf. Berpakaian seperti sesudah solat taubat.

HAYYAN:

hampir kecewaku, Kaudatang
linangan syahdu menyambutMu
masih ada lagi sirnaMu dalam diriku

gelincirku, dipapahMu
petunjuk hidayah padaku
masih ada lagi cintaMu padaku

gelapku, penyuluhMu
kemaafan, keampunan pohon rayuku
masih ada lagi Ar-RahmanMu untukku

dalam terangku buta
dalam nyataku tuli
dalam jelasku bisu
dalam gerakku kaku
namun, masih ada lagi Ar-RahimMu buatku

syukurku panjatkan padaMu
apakah ada lagi cinta lain seagung cinta ini


 

SEKIAN.

Comments

This comment has been removed by a blog administrator.

Popular posts from this blog

Balada Pa' Belalang

from http://www.symantec.com/about/news/release/article.jsp?prid=20090819_01

Folk Poetry/Pantun Rakyat