Posts

Showing posts from May, 2009

Skrip teater pertamaku

HAYYAN Sinopsis Manusia yang sememangnya alpa, leka. Kadangkala kealpaan itu menjadi perhatian orang lain. Justeru mengundang pelbagai tafsiran, andaian. Dalam kehidupan serba singkat ini manusia mencari hakikat kehidupan mereka: tujuan apakah mereka diciptakan, hala tuju mereka dan apa yang mereka inginkan dalam hidup. HAYYAN, manusia yang diciptakan pada asalnya hanya seorang pemerhati kehidupan manusia lain, mula mengarang buah fikirannya ke dalam blog nya yang kemudian menjadi ikutan (juga cemuhan) orang ramai. But he does not stop there. Dia terus berkarya hinggalah nyawa adiknya menjadi pertaruhan bahan kritikan sinisnya.   Watak, Perwatakan Hayyan:    Sang pecinta yang sinis, hobinya suka memerhati dan membuat andaian tersendiri tentang kehidupan, juga gelagat manusia di sekelilingnya. Meluahkan pendapatnya menerusi blog hinggakan blog nya menjadi ikutan ramai. Ramai juga yang tidak suka dengan 'kritikan'/penulisan tajamnya tapi dia tak peduli semua itu. Akhirnya dia t